Selasa, 25 Mac 2014

Hijab..


Ilmu ini amat istimewa kepada sesiapa juga yang memilikinya kerana ianya tidak terbatas dan terdapat pelbagai fungsi yang dapat membantu siapa sahaja yang mengunakannya untuk kebaikan dan keselamatan untuk diri dan keluarga. Diatas permintaan ramai yang berminat dengan ilmu kebatinan yang tidak membebankan dapat membantu seseorang itu untuk melihat secara ghaib tanpa batasan, dapat mengenali masalah dan punca sesuatu kejadian yang berlaku dengan pantas dan berkesan tanpa mengunakan jampi atau mentera, dapat mengetahui sesuatu punca secara spontan. 

Dengan terbukanya hijab seseorang itu maka terbukalah segala rahsia keghaiban dan dapat berkemunikasi secara terus dengan makhluk halus tanpa had dan tiada sebarang kesan sampingan terhadap seseorang itu. Memperoleh segala rahsia penyakit yang dihidapi oleh setiap manusia dengan mudah dan mengetahui siapakah yang sedang menunggu penyakit yang terjadi pada orang yang sakit. Dapat menyelamatkan ahli keluarga dan keturunan sebelum disesatkan oleh makhluk halus yang cuba sedaya upaya untuk mengelirukan dan memesongkan akidah dan kepercayaan seseorang itu. 

Yang tersembunyi: Surat Al-A’laa ayat 7 

Illa ma shaa Allahuinnahu yaAAlamu aljahra wama yakhfa 

“Kecuali kalau Allah menghendaki Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan terang dan yang tersembunyi. 

Dengan berusaha untuk mengetahui kehendak Allah atas setiap kejadian maka terbukalah “hijab” sehingga melahirkan kesabaran, khusyuk, ikhlas dan berharap kepada ridhoNya. Pada tingkatan yang lebih tinggi lagi maka ridho ini akan membuat diri menjadi “mukasyafah” atau mengetahui dengan jelas. Dengan “mengetahui” akan melahirkan sifat kehambaan yang tidak lain hanya mengharapkan diri ini menjadi “kekasih Allah”. 

Contoh: 
Ada beberapa contoh yang amat baik ketika mengamalkan ilmu ini yang dapat membantu melindungi diri dan kelaurga seperti - membeli makanan atau minuman. Sekiraya kita membeli makanan seandainya dalam makanan tersebut telah tersihir dan sebagainya maka kita akan melihat apa yang ada didalam makanan tersebut, jika ada ulat dan sebagainya kita akan kelihatan dengan jelas maka kita tidak akan memakan makanan itu dan diri kita akan terselamat daripada terkena sihir dan sebagainya. Perkara ini setiap hari berlaku dan hanya tidak dapat diketahui disebabkan kita tidak dapat melihat apa yang terkandung dalam makanan tersebut hanya dapat melihat yang nyata sahaja, maka kita akan menghabiskan makanan tersebut dan kemudiannya kita sendiri yang akan mendapat kesengsaraan akibat daripada kejadian tersebut. 

Ilmu ini sangat bermanfaat kepada setiap pemiliknya, kerana ianya dapat membantu melindungi diri, keluarga dan kediaman serta tempat kerja. 

Pemilik ilmu ini juga dapat melihat didalam makanan dan minuman sama ada dikedai, digerai, dirumah atau dimajlis2 dan sebagainya sekiranya makanan dan minuman tersebut tersihir maka pemilik ilmu ini pasti terselamat daripada permainan ilmu sihir. 

Sekiranya kita berhadapan dengan penjual, pelangan atau orang yang berniat tiddak baik maka kita terlebih dahulu mengetahui akan isi hati seseorng itu sekiranya ia berniat tidak baik terhadap kita serta keluarga kita, maka segalanya akan terpantul kepada mereka sendiri yang berniat jahat akan menerima segala yang niat yang tidak baik terhadap diri orang lain. 

Ilmu ini tidak mengunakan kadam seperti ilmu sihir atau ilmu hitam yang mengunakan kadamnya iaitu iblis, syaitan dan jin, maka itu setiap ilmu yang berasaskan sihir (iblis, syaitan dan jin) ianya akan terbatas dengan pemilik ilmu ini. Pemilik ilmu ini juga akan terselamat daripada segala bentuk sihir yang ada di sekeliling diri, keluarga dan diri sendir, dapat menghindarkan segala perbuatan ilmu saka yang ada daripada keturunan keluarga sama adadi sebelah suami atau isteri yang kebiasaannya akan enyembur di dalam makan sehariankeyika berada di rumah atau i mana sahaja kita berada. 

Kelebihan ilmu ini setiap pemiliknya akan berupaya melihat keadaan seseorang yang berada jauh daripada kita tanpa halangan dan dapat mengetahui keadaan seseorang itu sama ada ia berada dalam keadaan yang selamat atau sebaliknya. Pemimilik ilmu ini juga berupaya mematahkan naiat jahat seseorang yang berniat tidak baik kepada peminiliknya dengan serta merta akan terselamat daripada cubaan dan niat jahat mereka dan pastinya mereka akan menerima kesan daripada niat jahat ereka dengan serta merta mereka akan beredar daripada pemilik ilmu ini. 

Setiap niat jahat orang seperti ingin meragut, mencuri, mengkhianati atau menganianya pemilik ilmu ini akan dapat mengesan dengan spontan serta dapat menangkis dengan cepat dan serta merta dapat menghindar sebarang kejadian buruk yang mungkin berlaku terhadap pemilik ilmu ini dan sudah pastinya akan terselamat daripada segala bentuk kejahatan terhadap pemilik ilmu ini. 

Setiap pemilik ilmu ini juga berupaya untuk melihat dan dapat mengetahui apakah sihir yang terdapat disekitar rumah atau dirumah jiran kita samada ada saka jiran yang menganggu kita ketika kita berada dirumah atau dalam perjalanan kemana juga kita pergi akan dapat mengenali semua bentuk halangan yang berupa sihir, sama ada secara sedar atau tidak sedar dilakukan oleh pemilik ilmu sihir tersebut, maka pemilik ilmu ini akan pasti terselamat dan terhindar daripada perbuatan khianat. 

Ayat Al-Quran surah Al-Baqarah - Ayat 32 
http://s1.netlogstatic.com/en/p/oo/13043219_5750307_24748001.jpg

Qaloo subhanaka laAAilma lana illa ma AAallamtanainnaka anta alAAaleemu alhakeem

“Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. 

TAHAP I: Marhalah Amal Zahir Maksudnya berkekalan dan berterusan (istiqomah) melakukan amal ibadah yang diperlukan dan nawafil (sunnah), tiada dikurang-kurangkan, sesuai dengan ibadah fardu dan sunnah yang biasa dikerjakan oleh Rasulullah saw. Tidak melakukan perkara yang ditegah dn dilarang oleh syarak dan sentiasa memohon dan berserah kepada Allah swt dalam apa jua urusan dunia dan akhirat semoga allah swt memberi perlindungan diri dan keluarga. 

TAHAP II: Muraqobah atau Amal Batin Mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan mensuci bersihkan diri dari maksiat zahir dan batin (Takhalli) memerangi hawa nafsu di iringi dengan amal yang mahmudah dari tahap zahir dan batin (Tahalli) yang semuanya itu merupakan amal qolbi. Setelah hati dan robbani telah bersih yang diisi (dihiasi) dengan zikir istighfar dan tasbih, maka datanglah nur dari Allah yang dinamakan Nur Cahaya Kesedaran. 

TAHAP III: Marhalah Riadhah (Melatih Diri dan Mujahadah) Ayat Al-Quran surah Al-Ankabut 69:- 
http://s1.netlogstatic.com/en/p/oo/13043219_14611272_24747972.jpg

waalladziina jaahaduu fiinaa lanahdiyannahum subulanaa wa-inna allaaha lama'a almuhsiniina

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. 

Mereka yang mujahadah (bersungguh-sungguh) mencari Allah maka sungguhNya (Allah) akan menunjukkan jalan (tariqat) kepada kamu. Maksud mujahadah ini ialah melakukan jihad zahir dan batin untuk menambah kekuatan kekuasaan jasmani dan rohani, amat berguna untuk membebaskan jiwa kita daripada dibelenggu nafsu duniawi. Supaya jiwa itu menjadi bersih bagaikan kaca sehingga dapat menangkap apa juga yang bersifat suci iaitu pengetahuan yang hakiki tentang Allah swt dan kebesarannya. 

Pada tahap ini kebiasanya sisalik (murid) jiwanya sedikit demi sedikit dimasuki nur cahaya. Ketika itulah mula terbuka baginya keindahan alam dan berbagai hal keghaiban dan rahsia serta kekeramatan. Ketika itu perasaan sisalik semakin jauh dari alam wujud ini dan semakin siap untuk menerima pancaran nur Ilahi, merasakan kelazatan yang amat tinggi, Iaitu memperoleh taqwa dalam jiwanya ketika itu datanglah kasyaf/terbuka hijab sedikit demi sedikit sehingga sampailah ia pada nur yang Maha Agung sebagai puncak ditahap ini. Nur ini dinamakan: Nur kesiagaan iaitu siap siaga untuk muhadarah bersama Allah. 

TAHAP IV: Marhalah “Fana Kamil” Iaitu jiwa si murid telah sampai pada martabat Syuhudil Haqqi bil Haqqi: Melihat Hakikat kebenaran” Terbukalah rahsia-rahsia rabbani baginya, berturut-turut datanglah nur dan mukasyafah baginya. Dia memperoleh nikmat yang besar dalam mendekati Hadrat Ilahi yang Maha Esa. Dalam situasi seperti inilah dalam puncak mahabah dengan Allah dapat melihat Allah dengan mata batinnya, memperoleh kemunncak kelazatan yang tidak pernah dilihat di mata, terdengar ditelinga dan terlintas disanubari yang tidak mungkin disifati dan dinyatakan dengan kata-kata. Pada tahap ini sebagai puncak perjalanan, maka datanglah nur: Nur kehadiran. 

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SERTA KEISTIMEWAAN DAN KEBURUKKANNYA:- 

* Melihat yang ghaib dari jauh tanpa had 
* Mengetahui siapa musuh-musuh kita 
* Mengetahui yang benar dan yang batil 
* Dapat melihat Iblis, Syaitan dan Jin 
* Rezeki dimurahkan Allah SWT 
* Hati sentiasa tenang walaupun ada masalah 
* Dapat melihat siapa yang mengganggu si cacat atau pesakit 
* Dapat melihat siapa yang menunggu si pesakit 
* Dapat melihat siapa yang keluar masuk dari tubuh pesakit 
* Dapat diketahui siapa yang keluar masuk tubuh kita 
* Dapat melindungi diri sendiri serta keluarga 
* Dapat melihat siapa yang ada berkeliaran di rumah kita 
* Dapat mengelakkan berlakunya sihir 
* Dapat mengenal pasti punca makanan dan minuman tersihir 
* Dapat mengetahui ilmu sihir seseorang 
* Dapat mengetahui punca sakit yang ada pada pesakit 
* Dapat melihat siapa yang membelai ahli keluarga ketika tidurnya * Dapat mengesan punca saka dan keturunannya 
* Dapat melihat siapa yang mengkhianati kita dan keluarga kita 
* Dapat menghindarkan makhluk halus menguasai atau berdampingan dengan diri kita 
* Dapat mengetahui rahsia-rahsia keghaiban 
* Dapat mencungkil rahsia Iblis, Syaitan dan Jin 
* Dapat menundukkan Iblis, Syaitan dan Jin 
* Dapat melihat dengan jelas siapa yang berkata-kata dihadapan kita walaupun jasadnya manusia
* Dapat mengetahui siapa yang menghasut manusia supaya bercakap bohong 
* Tidak merasa takut melihat Iblis, Syaitan dan jin 
* Dapat memantau siapa yang mengganggu ibu/bapa atau keluarga dari jauh 
* Masalah penyakit dapat diketahui dengan serta merta 
* Dapat mengetahui punca sakit melalui akhbar atau berita dengan serta-merta 
* Siapa yang mengkhianati dapat diketahui serta-merta 
* Dapat menyelamatkan diri dan keluarga dari disesatkan oleh makhluk halus 
* Pasti dapat mengucapkan syahadah ketika ajal (Nazak) 
* Dilarang mengkhianati orang 
* Hijab tertutup sekiranya melakukan kejahatan 
* Ilmu akan terluncur jika mengkhianati 
* Dan lain-lain lagi 

Terdapat ramainya terbuka MATA HATI dapat membantu seluruh masyarakat yang telah terlantar dan terbaring dengan pelbagai masalah penyakit dapat diselamatkan kerana dapat membantu membuang makhluk halus yang berada disamping pesakit tersebut. Sekiranya mereka yang menderita dapat diselamatkan dari disesatkan oleh makhluk halus tersebut maka selamat lah mereka didunia dan sudah pasti selamat di akhirat. 

Pelajaran Ilmu ini dikhususkan kepada mereka yang bersungguh dan benar-benar untuk mengejar dan mencari keredhoan di dunia dan akhirat serta sanggup berjihad di jalan Allah swt, serta sanggup meninggalkan segala yang dilarang dan tidak meninggalkan satu pun amalan yang dituntut oleh syariat Islam agar segala amalan mereka selama ini tidak menjadi sia-sia, dengan berserah kepada Allah swt untuk mendapatkan kurniaan bagi meningkatkan tahap kebatinannya. Bagi mereka yang lebih mengutamakan keduniaan tidak sesuai untuk membawa amalan ini dan pasti ianya akan kecundang dipertengahan jalan. Memang diakui ramai yang cuba mempelajari ilmu ini tetapi bukan sesuai pada mereka yang ingin saja-saja mencuba ataupun sekadar untuk suka-suka kerana sudah tentu tidak akan mendapat kuniaan yang diharapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan