Mari kita lihat sejauh mana kehebatan imaginasi manusia ketika mempunyai terlalu banyak masa di tangan mereka. Mungkin penemuan ini sedikit unik tetapi kenyataannya adalah bahawa penemuan mereka sebenarnya tidak diperlukan.
Curved Barrel Machine Gun, 1953
Ini adalah senapang mesin dengan laras melengkung. Ini senjata yang sempurna untuk "tembak dulu, baru lihat apa yang kau tembak".
Beg Anti Ragut, 1963
Ini adalah beg anti ragut. Ketika beg anda diragut, anda hanya perlu menarik tali yang tersedia dan hasilnya, isi beg anda akan jatuh bersepah di lantai. Dan mustahil peragut akan memungut isi beg anda satu persatu.
Hubbard Electrometer, 1968
Penulis fiksyen sains Amerika dan pengasas Gereja Scientology L. Ron Hubbard Hubbard Elektrométer menggunakannya untuk menentukan adakah tomato mengalami rasa sakit. Kajian itu membawanya kepada kesimpulan bahawa tomato "menjerit ketika diiris."
Cup Bras, 1949
Siapa yang mahu menggunakan bra dengan bentuk seperti ini?
Baby Cage, 1937
Bagi keluarga yang tidak mempunyai halaman yang luas untuk anak-anak bermain, mungkin inilah penyelesaiannya.
Laryngaphone, 1929
Laryngaphone adalah telefon yang hanya menghantar getaran dari pita suara ketika mikrofon ditempelkan di kerongkong atau pipi.
Motorized Surfboard, 1949
Papan luncur bermesin!
Rainy Day Cigarette Holder, 1954
Rokok yang mempunyai payung diatasnya dan ini membolehkan anda boleh terus menghisap rokok walaupun anda berjalan ditengah hujan.
Beating Breasts, 1963
Ini adalah payudara tiruan dengan tujuan untuk membantu bayi anda tidur.
Cat-Mew Machine, 1963
Mesin kucing ini akan berbunyi (meooww) sebanyak 10 kali seminit dengan harapan dapat mengusir tikus.
Ahad, 30 Mac 2014
Tragedi Munich 1958
Tanggal 6 Februari 1958, sebuah pesawat jenis 609 milik British European Airways melakukan percubaan ketiga untuk berlepas dari Lapangan Terbang Munich-Riem, Munich, Jerman.
Dua percubaan sebelumnya gagal ekoran masalah enjin. Keadaan sekeliling waktu itu sangat sejuk. Salji yang turun dengan lebat menyebabkan landasan kelihatan samar, namun juruterbang pesawat, Kapten James Thain berkeras mahu menerbangkannya.
Di dalam pesawat itu, 44 orang penumpang sudah bersiap sedia menunggu isyarat penerbangan dengan dada yang berdebar. Menurut laporan akhbar, berdasarkan kepada sebuah telegram, pesawat itu dijangka terbang dari Jerman keesokkannya.
Tepat jam 2:19 petang, menara kawalan memberi kebenaran kepada pesawat ini untuk berlepas. Sebelum itu, Kapten Thain mengarahkan pembantunya untuk melakukan pelepasan kerana dia ingin memeriksa tolok tekanan pesawat yang tidak stabil.
Bagaimanapun, pembantu juruterbang, Kapten Kenneth Rayment agak gusar untuk menerbangkannya. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak betul. Lebih-lebih lagi apabila bunyi enjin semakin kuat. Namun, demi keselesaan penumpang yang mahu segera pulang, dia menerbangkan juga pesawat ini.
Selang seketika, pesawat ini benar-benar bermasalah. Ia telah tergelicir dan melanggar deretan rumah sebelum terhempas. Menurut beberapa laporan akhbar, pesawat ini membawa sepasukan pemain bola sepak kelab Manchester United bersama pemberita.
Mereka dalam perjalanan pulang selepas bermain di kejohanan Piala eropah 1957/1958 di Bulgrate, Yugoslavia.
Tragedi Munich 1958 adalah antara peristiwa terbesar dalam sejarah bola sepak kelab Manchester United. Ia bukan sahaja hampir melumpuhkan nama kelab terbabit, malah turut mengorbankan lapan orang tunggak utama 'The Busby Babes'.
'The Busby Babes' merupakan barisan pemain Manchester United yang dikendalikan oleh Joe Armstrong dan penolong pengurus, Jimmy Murphy di bawah pimpinan kaptennya, Sir Matt Busby.
Mereka terkenal bukan kerana bakat semata-mata tetapi mereka adalah pemain yang dilatih sendiri kelab Manchester United. Sebab itulah mereka digelar Busby Babes. Rata-rata pemain ini berusia antara 21 dan 22 tahun sahaja.
Berdasarkan pencapaian, 'The Busby Babes' menjadi pemain yang sangat digeruni di England. Malah, pencari bakat bola sepak juga menganggarkan, usia muda dikalangan pemain 'The Busby Babes' merupakan aset kelab Manchester untuk terus kekal lama sebagai juara.
Kumpulan ini juga terkenal setelah memenangi Piala Liga bagi musim 1955/1956 dan 1956/1957. 'The Busby Babes' dianggap sebagai lagenda pada zaman itu dan sangat dikagumi kerana bakat luar biasa yang dimiliki pasukan ini.
Daripada lapan orang pemain ini, salah seorang yang telah terkorban dalam tragedi ini ialah Duncan Edward. Ketika itu, Duncan berusia 21 tahun dan dia merupakan tunggak penting dalam pasukan 'The Busby Babes'.
Berikutan tragedi ini, orang ramai menganggarkan, Manchester United berdepannsaat-saat sukar dalam arena bola sepak Inggeris dan Eropah. Meskipun begitu, perkara ini tidak berlaku. Pengendali pasukan ini, Sir Matt Busby, terselamat daripada tragedi.
Selepas sembilan minggu menerima rawatan, dia kembali ke England dan membangunkan pasukan baru untuk Manchster United. Hasil kerja kerasnya, Manchester United berjaya memenangi kembali Piala Eropah buat kali pertama selepas 10 tahun peristiwa ini.
Ekoran tragedi ini, Kapten James Thain dipersalahkan kerana gagal membersihkan gumpalan ais yang membeku dan melekat pada sayap pesawat. Atas faktor tersebut, beliau telah digantung daripada tugas selama 13 bulan oleh kerajaan Jerman dan kemudiannya dipecat, namun beliau terus berjuang untuk membersihkan kembali namanya.
Selepas beberapa tahun, akhirnya punca sebenar kecelakaan ini terbongkar. Hasil siasatan mendapati, pesawat ini gagal untuk mendapatkan kelajuan maksimum ekoran terdapat lumpur yang bercampur salji di atas landasan.
Keadaan itulah yang menyebabkan pesawat ini terbabas lalu berlaku kemalangan.
Sebagai tanda memperingati tragedi ini, stesen penyiaran BBC telah menerbitkan filem berjudul 'United' yang berlandaskan kisah benar Munich 1958. Filem yang diterbitkan pada tahun 2011 itu menjadi tanda peringatan semua penyokong Manchester United berkenaan kejadian tersebut.
Walau bagaimanapun, filem ini tidak disiarkan di Malaysia.
Tragedi Munich 1958 yang berlaku 55 tahun lalu diharapkan mampu menjadi motivasi kepada semua pemain Manchester United untuk terus memperbaiki diri sehingga terus menuai prestasi.
Sejarah telah membuktikan bahawa kehilangan itu merupakan ubat paling mujarab untuk mencipta kegemilangan.
Nama Sir Matt Busby merupakan insan paling bertanggungjawab mengangkat kembali nama Manchester United ke persada antarabangsa sehingga ke hari ini.

Arsenal.........

Arsenal ditubuhkan pada awalnya dengan nama Dial Square pada tahun 1886 oleh pekerja-pekerja di Royal Arsenal yang terletak di Woolwich, tetapi ditukar namanya kepada Royal Arsenalsejurus selepas itu. Mereka menukar nama mereka sekali lagi kepada Woolwich Arsenal selepas menjadi profesional pada tahun 1891. Kelab ini menyertai liga Football League pada tahun 1893, bermula dengan liga Second Division, dan berjaya naik ke liga First Division pada tahun 1904. Akan tetapi, kedudukan geografi kelab ini yang terpinggir menyebabkan kadar kehadiran penontonnya kurang berbanding dengan kelab-kelab lain, seterusnya menyebabkan kelab ini dibebani dengan masalah-masalah kewangan. Pada tahun 1913, selepas jatuh semula ke Divisi Kedua, mereka berpindah menyeberangi Sungai Thames ke stadium baru Arsenal di Highbury, North London. Mereka memadamkan "Woolwich" daripada nama mereka pada tahun berikutnya. Arsenal hanya menamatkan saingan di tangga kelima pada tahun 1919, tetapi dipilih semula untuk menyertai Divisi Pertama dan menyebabkan musuh tradisi mereka Tottenham Hotspur terpaksa menuruni divisi, dengan cara yang dilaporkan agak diragui.
Pada tahun 1925, Arsenal telah melantik Herbert Chapman sebagai pengurus pasukan. Chapman telah memenangi liga dengan Huddersfield Town pada tahun 1924 dan 1925, dan beliau telah membawa Arsenal kepada fasa pertama ke arah kegemilangan. Beliau telah merevolusikan taktik dan sistem latihan, bersama-sama dengan pemain-pemain terkemuka seperti Alex James danCliff Bastin, meletakkan asas kepada dominasi kelab tersebut dalam bolasepak Inggers pada tahun 1930-an. Antara tahun 1930 and 1938, Arsenal telah menjuarai Divisi Pertama sebanyak lima kali dan piala FA Cup dua kali, meskipun Chapman tidak sempat untuk melihat pencapaian ini kerana beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit radang paru-paru pada tahun 1934. Sebagai tambahan, Chapman telah dilaporkan telah mengepalai penamaan semula stesen tempatan London Underground dari "Gillespie Road" kepada "Arsenal" pada tahun 1932, menjadikan stesen itu sebagai satu-satunya stesen Tube yang dinamakan sempena sebuah kelab bolasepak.
Berikutan dengan pengantungan bolasepak profesional Inggeris semasa World War II, Arsenal telah menjuarai liga pada tahun 1948 dan 1953 dan piala FA Cup pada tahun 1950. Bagaimanapun, nasib mereka mulai berubah; gagal untuk menarik pemain-pemain berkaliber seperti pemain-pemain pada zaman 30-an, kelab ini telah menghabiskan zaman 1950-an and 1960-an mereka dalam keadaan kekeringan trofi. Hinggakan bekas England kapten Billy Wright pun tidak mampu untuk membawa kejayaan kepada kelab ini sebagai pengurus.
Era kegemilangan Arsenal's kedua bermula dengan perlantikan mengejutkan ahli fisioterapi kelab itu, iaitu Bertie Mee sebagai pengurus pada tahun 1966. Selepas tewas dalam dua perlawanan akhir piala League Cup,mereka telah memenangi piala Inter-Cities Fairs Cup, piala Eropah mereka yang pertama pada tahun 1970. Ini diikuti degan kejayaan yang lebih membanggakan: kejayaan berganda pertama untuk merangkul juara liga dan piala FA pada tahun 1971. Bagaimanapun, dekad-dekad yang berikutnya telah dicirikan sebagai siri-siri yang hampir menang. Arsenal berkedudukan sebagai naib johan Divisi Pertama pada tahun 1973, tewas dalam tiga perlawanan akhir piala FA (1972, 1978 and 1980) dan tewas dalam perlawanan akhir piala Cup Winners' Cupatas sepakan penalti pada tahun 1980. Kejayaan tunggal kelab ini pada era ini adalah piala FA pada tahun 1979, dengan kemenangan 3-2 di saat-saat akhir perlawanan ke atas Manchester United yang hingga kini dianggap sebagai klasik.
Punca utama kejayaan kelab ini di akhir 1990-an dan 2000-an adalah disebabkan perlantikan pengurus Arsène Wenger pada tahun 1996. Wenger memperkenalkan taktik-taktik serba baru, rejim latihan yang baru dan beberapa pemain-pemain luar negara yang melengkapi bakat pemain-pemain Inggeris yang sedia ada. Arsenal telah memenangi kemenangan berganda liga dan piala untuk kali keduanya pada tahun 1998 dan kali ketiga pada tahun 2002. Sebagai tambahan, kelab ini telah mara ke perlawanan akhir piala UEFA Cup 2000 (tewas penalti kepada Galatasaray), menjuarai piala FA Cup pada tahun 2003 dan 2005, dan menjuarai liga Premier League 2004 tanpa tewas dalam sebarang perlawanan, yang menyebabkan mereka digelar dengan gelaran "The Invincibles" keseluruhannya, kelab ini telah menempuhi 49 perlawanan liga tanpa kalah, sebuah Rekod negara England.Kepulangan bekas pemain George Graham sebagai pengurus pada tahun 1986 telah membawa kepada sesi kegemilangan yang ketiga.
Arsenal telah menjuarai piala League Cup pada tahun 1987, dalam musim pertama Graham memegang jawatan pengurus. Ini diikuti dengan sebuah kejuaraan liga pada tahun 1989, yang dimenangi dengan sebuah gol di minit terakhir perlawanan menentang pencabar kejuaraan Liverpool dalam perlawan terakhir musim tersebut. Arsenal dibawah bimbingan Graham telah memenangi sebuah lagi kejuaraan liga pada tahun 1991, dengan tewas hanya satu perlawanan, memenangi piala berganda FA Cup dan League Cup pada tahun 1993 dan trofi Eropah kedua mereka, piala Cup Winners' Cup, pada tahun 1994. Akan tetapi, reputasi Graham tercalar apabila didedahkan bahawa beliau telah menerima rasuah daripada ejen Rune Hauge kerana telah membeli pemain-pemain tertentu, dan beliau dipecat pada tahun 1995. Pengganti beliau, Bruce Rioch, hanya bertahan selama semusim sahaja, meninggalkan kelab itu selepas bertelagah mengenai isu dana perpindahan pemain.
Arsenal telah menghabiskan saingan liga samada di tangga pertama atau kedua dalam lapan daripada sepuluh musim Wenger berada di kelab itu, dan mereka adalah salah satu daripada empat pasukan (bersama-sama dengan Manchester United, Blackburn Rovers dan Chelsea) yang telah memenangi liga Premier League semenjak penubuhannya pada tahun 1993. Sehingga baru-baru ini, Arsenal tidak pernah layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Champions League; bagaimanapun dalam 2005-06, mereka telah mara ke perlawanan akhir (di mana mereka menetang Barcelona pada May 17, 2006), menjadikan mereka kelab London yang pertama untuk berbuat sedemikian dalam lima puluh tahun sejarah kejohanan ini. Arsenal dikurangkan kepada sepuluh pemain di awal perlawanan, dengan penjaga gol Lehmann di buang padang akibat menjatuhkan Samuel Eto'o dipinggir luar kawasan beliau. Sungguhpun begitu, mereka mendahului 1-0, melalui Sol Campbell, tetapi Barcelona bangkit kembali dengan gol-gol daripada Eto'o dan Belletti untuk memenangi perlawanan itu.
Mercu Arsenal Diraja pertama, didedahkan pada tahun 1888, mengandungi tiga meriam dilihat dari atas, menghala ke utara, menyerupai mercu Borough of Woolwich. Meriam ini kadangkala disalah tafsir sebagai serombong asap, tetapi kewujudan ukiran kepala singa dan sebiji lada di setiap meriam adalah petanda jelas yang mereka adalah meriam. Pada tahun 1922, kelab ini telah menggunakan mercu satu meriam buat pertama kalinya, mengandungi sebuah meriam yang menghala ke timur. Mercu ini hanaya digunakan sehingga tahun 1925 di mana meriam itu dihala ke arah barat pula selepas itu, tongnya dikecilkan dan nama gelaran kelab ini, "The Gunners", telah ditatah dikiri mercu ini. Pada tahun 1949, kelab ini telah mendedahkan mercu yang telah dimodenkan yang nengandungi gaya meriam yang serupa, nama kelab dalam tulisan blackletter di atas meriam, dan sebuah gulungan yang diukir dengan moto Latin baru, "Victoria Concordia Cresit" (yang bermaksud "kemenangan hasil harmoni"). Buat pertama kalinya, mercu ini diberi warna- merah, hijau, dan emas - yang sedikit bervariasi semenjak kewujudan mercu tersebut.
Disebabkan pelbagai rujukan ke atas mercu ini, Arsenal tidak mampu untuk memberi hakcipta; meskipun kelab itu telah berjaya mendaftarkan mercu itu sebagaitrademark, dan telah berbalah (dan memenangi) sebuah perbicaraan dengan seorang peniaga tempatan yang menjual barangan-barangan 'tidak rasmi' Arsenal,[5]Arsenal mencari perlindungan undang-undang yang lebih melengkapi. Maka, pada tahun 2002 mereka memperkenalkan mercu baru yang mangandungi garisan-garisan lengkung moden dan gaya yang ringkas, yang mana boleh dihakciptakan.Meriam tersebut sekali lagi menghala ke timur dan nama kelab ditulis dalam tulisan sans-serif yang tersendiri di atas meriam itu. Hijau telah digantikan dengan biru gelap. Mercu baru in menerima respons yang pelbagai daripada para penyokong, denagn sesetengah daripada mereka mengatakan yang mercu ini telah mengabaikan sejarah dan tradisi Arsenal dengan rekaan moden yang radikal, dan penyokong kelab tidak diajak berbincang secara serius berhubungan dengan isu ini.
Sejarah Samsung
Samsung diasaskan pada 1969, dan salah satu daripada subsidirinya, Samsung Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikat elektronikterbesar di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia.
Buat masa sekarang, Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu Telekomunikasi (Telefon bimbit dan Rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah (termasuk televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor.
Samsung (bermaksud "tiga bintang" dalam Bahasa Korea) ditubuhkan oleh Lee Byungchul. Samsung Electronics ialah salah satu anak syarkat Samsung Group.
Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya.

- 1953: Samsung memulakan pengeluaran gula yang kemudiannya berakhir.
- 1958: Samsung mula menawarkan insurans.
- 1965: Sebuah pasar raya dibuka di Kwanjou.
- 1967: Samsung memulakan pengeluaran surat khabar harian, Joong-Ang Ilbo. Pada hari ini, akhbar ini bukanlah anak syarikat Samsung lagi.
- 1969: Samsung Electronics diasaskan.
- 1974: Samsung Petrochemical and Heavy Industries diasaskan.
- 1976: Samsung dianugerahkan hadiah eksport oleh kerajaan sebagai salah satu daripada program pembangunan negara.
- 1977: Hasil daripada kemenangannya itu, Samsung Construction ditubuhkan. Tambahan lagi, Samsung Shipbuilding dibangunkan.
- 1982: Samsung menubuhkan sebuah pasukan bola lisut professional.
- 1983: Samsung menghasilkan cip komputer pertamanya: 64k DRAM.
- Pada penghujung tahun 1980an, Samsung meneruskan usaha dalam bidang petrokimia dan elektronik.
Pada tahun 1990an menyaksikan Samsung berkembang sebagai sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja ia mendapat beberapa peluang perniagaan di luar Korea Selatan, malah ia juga sedang mendahalui pesaingnya dalam penghasilan komponen eltronik. Syarikat pembinaan Samsung juga dianugerahkan kontrak pembinaan salah satu daripada dua buah Menara Petronas di Malaysia pada bulan September 1993.
Samsung berjaya mengatasi krisis kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998 malah ia juga semakin berkembang.
Rekod Samsung Electronics menunjukkan keuntungan pada tahun 2004 dan 2005, dan sekarang berada pada "ranking" #20 di dunia.
sejarah sukan bola sepak
Bola sepak diminati oleh semua golongan, dari semua peringkat umur. Disana sini orang bermain bola sepak. Sebenarnya tiada bukti kukuh yang menyatakan dari manakah bola sepak berasal. Ini kerana tiada satu pun catatan sejarah yang menyatakan tentang permulaan bola sepak. Terdapat empat negara yang masing-masing mengakui sebagai tempat bermulanya bola sepak. Negara itu ialah Rom Kuno, China, Greece dan Jepun.

Adalah dipercayai perlawanan bola sepak yang pertama ialah di antara China dan Jepun. Catatan ini terdapat di sebuah muzium di Munich yang ditulis oleh Li Ju. Beliau mencatatkan perlawanan itu berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di Kyoto. Orang-orang Rom dan Greek Kuno pula mengakui bahawa mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi. Selain dari catatan sejarah permulaannya, tidak ada pula catatan tentang bagaimana ia dimainkan.
Menjelang selepas masihi Mexico dan England pula mengakui bahawa bola sepak berasal dari negara mareka. Walau bagaimanapun, pengakuan kedua negara ini tidak disertai dengan bukti yang kukuh. Di England, bola sepak dipercayai dimainkan pada tahun 276 masihi. Pada masa ini, bola sepak dimainkan dengan tiada peraturan, mereka boleh memegang dan membawa lari bola. Pintu gol pula bermacam-macam jenis dan saiz. Akhirnya pada tahun 1846, Universiti Cambridge dan beberapa pusat pengajian tinggi di England telah menggubal undang-undang tentang permainan bola sepak. Walaupun ianya tidak lengkap, tetapi dari sinilah permulaan undang-undang bola sepak yang dapat kita lihat hinggalah ke hari ini. Apabila Persatuan Bola Sepak England ditubuhkan pada tahun 1863 undang-undang bola sepak terus diperkemas dan menjadi undang-undang rasmi bola sepak. Pada tahun 1871, pertandingan Piala Persatuan Bola Sepak England dimulakan. Pada tahun 1885, bola sepak profesional telah dimulakan, pemain dibayar mengikut kebolehan mereka. Perlawanan bola sepak yang pertama bertaraf antarabangsa ialah di antara England dan Scotland tahun 1872 di Glasgow, Scotland.
Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris. Negara yang bertanggungjawab dalam penubuhan persatuan ini ialah Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland. Selepas perang dunia pertama anggota FIFA melebihi 50 buah negara, dan kini hampir 180 buah negara menjadi ahlinya. Selepas itu bola sepak terus berkembang dan diminati ramai. Pada tahun1930 Pertandingan Piala Dunia diperkenalkan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini. Pertandingan ini merupakan salah satu pertandingan yang terungul dalam arena bola sepak.
Bola sepak mula diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1825 oleh askar-askar Inggeris. Bola sepak merupakan satu-satunya permainan pertama dari luar yang dibawa masuk ke negara ini. Pada tahun 1905, Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan. Stadium pertama yang dibina ialah Stadium Merdeka yang menelan belanja sejuta runggit. Bersempena dengan pembukaan Stadium Merdeka dan sebagai menyambut hari kemerdekaan satu Pesta Bola Merdeka telah diadakan dan ianya terus kekal hingga ke hari ini.
Kini, bola sepak merupakan permainan utama di dunia dan dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat Kejohanan Piala Dunia merupakan kejohanan yang paling diminati yang diadakan empat tahun sekali. Negara seperti Brazil, Itali, Perancis, England adalah negara terkuat dalam bola sepak. Bola sepak juga kini dijadikan permainan secara kormesil yang mendatangkan keuntungan jutaan ringgit kepada pemain dan kelab-kelab. Antara pemain yang terunggul abad ini ialah Pele, Johan Cruff, Franze Beckembauer, Maradona, Ronaldo dan ramai lagi.

KEBURUKAN TIDUR LEWAT DAN BANGUN LAMBAT
Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara tujuh hingga lapan jam setiap hari. Tao sendiri mengaku untuk tidur awal memang sukar untuk mendisiplinkan diri untuk mempunyai jadual waktu tidur awal setiap hari. Terutama student yang masih belajar, lagi la mengalami masalah untuk dapatkan tidur awal.
Orang yang selalu dan suka berjaga malam akan cepat merasa lapar dan cenderung untuk makan di waktu makan. Nak mudah dan cepat makan Maggi.Senang didapati, mudah disediakan pada bila-bila masa dan harga murah antara faktor mi segera menjadi pilihan khususnya pelajar apabila lapar di waktu malam ketika mengulang kaji pelajaran.
Tahukah korang terdapat banyak keburukan tidur lewat dan bangun lewat
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
1 Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
2 Tidak buang air kecil di pagi hari.
3 Terlalu banyak makan.
4 Tidak mengambil sarapan.
5 Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
6 Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
7 Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
8 Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.
Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi.
Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am – 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am – 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi (5am – 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Tapi kalau waktu tidur anda terlalu lama, ini pulak jadi nyer...
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Masalah sukar untuk tidur ini boleh diatasi dengan banyak cara. Ianya bergantung kepada seseorang bagaimana seseorang itu boleh mengatasi masalah tidur mereka. Apa yang dikongsikan ini hanya sebagai rujukan untuk anda yang sedang menghadapi masalah tidur. Anda boleh menggunakan cara ini bagi mengatasi masalah tidur anda.
Cara Mengatasi Masalah Tidur
Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain.
1 Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara
Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik.
2 Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam
Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut.
3 Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa
Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur.
4 Elakkan Dari Bunyi Bising
Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik.
5 Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Saya sendiri memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih terbuka. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.
6 Baca Doa Sebelum Tidur
Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.
KEDAI GULA-GULA TERBESAR DI DUNIA
Gula-gula sememangnya sinonim dengan kanak-kanak mahupun orang dewasa, pendek kata kebanyakkan antara kita memang menyukainya dan mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak menyukai makanan manis ini. Tao nak kongsikan suatu tempat yang pasti akan disukai oleh penggemar gula-gula.
Dubai merupakan salah satu kota yang berkembang tercepat di dunia dan juga sebagai kota metropolitan yang sibuk. Dubai selalu penuh dengan kehidupan dan dipenuhi dengan aktiviti dan anda tidak boleh memaksa diri anda untuk tidur di bandar kehidupan ini. Pelancongan adalah industri yang berkembang pesat di Dubai dan ada begitu banyak hal bagi pelancong untuk dilakukan di Dubai, bahawa tidak ada jumlah waktu yang akan cukup untuk melawat setiap daya tarikan bandar ini.
Jadi di sini di kumpulkan senarai beberapa tempat pelancongan terbaik di Dubai. Percayalah bahawa sangat sukar untuk mencari tempat yang menakjubkan seperti di Dubai yang penuh dengan perkara yang luar biasa.
Lagi-lagi Dubai menarik dunia dengan membuat kedai gula-gula terluas di dunia yg dinamakan Candylicious. Luas kedai tersebut mencapai 10.000 kaki. Canopy’a adalah lollipops yang besar-besar dan tersedia juga “pick and mix” dinding (yang juga terbesar di dunia), jadi kita boleh ambil coklat atau gula-gula yang ada di dinding dengan warna yang kita suka! Juga gula-gula M&Ms yg membuatkan pengunjung teringat akan era 80-an.
Konsep Candylicious sendiri adalah fantasi, santai and memori masa kecil , digabungkan konsep kedai gula-gula dengan imaginasi termaju di dunia.
Langgan:
Catatan (Atom)